Sunday, 26 March 2017

I DREAM ABOUT HELL!


So cerita di macam ni..
Semalam aku tidur lewat around 1am tu pun kira beruntung la tertidur cause dah 2-3 day aku tak boleh nak tidur. So aku pon dengar lagu before aku tertidur then aku tersedar jap aku tutup lagu then tidur.

So kira aku tertidur pukul 1 lebih then time tidur tu aku mimpi macam ni starting mimpi tu pelik sikit
Dalam mimpi tu start je aku dah macam dalam satu bus so aku assume maybe aku nak pergi bercuti or something like that lah, aku tak tengok orang sekeliling sebab aku memang x pernah kesah pon so yeah then sampai dekat destinasi ada suara yang garang sangat sangat suruh kami semua turun then aku pon turun then sambil aku tengok bawah aku cakap "kami dekat mana ni" then dia jawab "nanti kau akan tahu" then aku pon macam okay fine then jalan tapi time tengah berbaris nak masuk macam satu tempat tu aku beratur dekat belakang then time aku beratur tu aku tengok lah diaorg buat apa then aku nampak diaorang pakai macam tag orang jahat tu ala kan orang yang masuk penjara tu dia ada pakai tag gantung dekat leher tu. Okay then aku macam eh pelik semacam je then aku masuk dalam aku tanya macam ada orang dekat situ la aku tanya

"cik tumpang tanya saya dekat mana ni?"
"nanti kau akan tahu"

Aku pelik asal susah sangat nak cakap ni??
Then tetiba dia macam halang pandangan aku dengan tangan dia tapi dia bukan tutup mata aku dia macam tangan dekat tepi mata halang pandangan, aku macam asal ni???
then aku dengar ada orang dekat tepi tu bercakap dia baru turun dari tangga dia cakap dengan orang yang aku tanya tadi

"wuhuu"
"kau nak apa datang sini?"
"saja je datang sini nak tengok mereka"

Aku pon apa lagi curi curi intai lah then bila aku nampak je kaki orang tu badan orang tu terbakar dengan api yang sangat sangat merah!!! Then orang tadi tu dah pergi orang yang cover pandangan aku tu pon x cover lagi then aku terus tanya dia

"cik saya dekat neraka ke ni?"
"ha bagus la kalau dah tahu."

Astaufirullah apa salah aku? So yang aku bercakap tadi tu dengan malaikat lah kiranya Masyaallah.

Then tetiba dia hulur card yang macam orang lain aku ambil then bila aku tengok atas card tu nama aku salah then aku cakap

"maaf cik nama ni salah cik"
"salah?"
"ye. nama saya z********"
"ah tipu la tak mungkin salah"
"Betul cik nama saya z*******"
"hmm kalau macam tu..."

Tetiba dia macam panggil someone then orangtu ada cakap kau ikut orang tu hal kau ni nanti kami buat pertimbangan semula then orang tu bawa aku pergi satu tempat then dia suruh aku duduk dalam tu dan jangan buat apa apa aku macam okay. Then memang tak lah aku nak duduk je sambil tunggu then aku pergi dekat tingkap aku selak macam langsir then aku nampak neraka Astaufirullah apa yang aku boleh cakap tempat dia sangat sangat sangat menyeramkan!!!

Then time aku tengah tengok tu aku ternampak ada perempuan tengah tergantung then aku dengar jeritan astaufirullah aku tak tahu nak explain macam mana yang aku boleh cakap tempat dia scary sangat sangat sangat!!!

Then tetiba ada orang datang dia cakap macam ni
"weyh kau nak tinggal sini ke?"
"tak nak"
"kalau tak nak malam ni jam 12 ready turun bawah nanti ada kenderaan kita naik kenderaan tu then kita lari pergi syurga"
"okay"

Then tepat waktu aku pon turun then time aku dah masuk dalam kenderaan tu kami tunggu someone dia jalan slow sangat then bila dia masuk dia lebik sangat sangat aku macam dia ni kenapa??

Then kami pon berangkat then time berangkat tu aku nak tengok belakang then tetiba...

Aku pon bangun dari tidur serious aku bangun je aku terus menangis sebab aku nampak neraka weyhh Neraka Jahanam! Astaufirullah then aku terus text mama & syamil sebab aku dah takut sangat sangat tapi macam biasa la syamil kan mana nak kesah tentang aku lagi semenjak dah jatuh cinta ni aku nak call nadsmi tapi dia menghilang so aku macam x pe la then aku call mama then mama cakap maybe ALLAH ada nak bagi aku petunjuk dekat aku cuma aku je yang x faham, weyhh mimpi tentang neraka memang cerita dia benda sangat sangat buruk lah nak jadi dekat aku kan kan kan then mama cakap

"What Ever happen make sure kau banyakkan bersabar sebab kau tahu kau tu kepala angin & panas baran kan so banyak banyak kan bersabar no matter apa pon yang berlaku"

Aku macam hmm okay. Then mama calm kan aku serious aku cakap sampai saat ni aku sangat sangat takut mimpi tu macam arghh kau bayangkan sendiri je la kalau kau mimpi neraka siap kau nampak lagi neraka tu macam mana.

Minta minta la aku boleh lalui dengan mudah dan dengan jiwa + hati yang tenang In Shaa Allah AMEEN.
© Broken Angel ❣ | Blogger Template by Enny Law